Monday, February 2, 2009

Tahukah anda?


Johannes Guttenberg adalah pencipta mesin cetak pertama

Kertas mula dibuat pada lebih 2000 tahun yg lau di China

Kura-kura boleh hidup lebih dari 120 tahun...

Tasek terbesar di dunia ialah Laut Kaspia

Ketika makan, rusa akan mengadap angin kerana angin membawa bunyi dan bau musuh

Jika seketul bongkah ais terapung...10% dipermukaan air dan 90% di dalam air

Bumi diliputi oleh 70% air..

Binatang tertinggi?......Zirafah..

Harimau akar atau cheetah adalah binatang terpantas di dunia..

Apakah burung yg hanya terdapat di New Zealand?

Jawapan dia ialah Burung Kiwi

Panjang Tembok Besar China ialah 1,400 batu...

Gajah makan selama 16 jam sehari... wink.gif

Saper nak jadi gajah..makanlah macam gajah..

Dalam tubuh seorang manusia dewasa ada 6 liter darah..

Kuda Laut atau Sea Horse jantan akan mengandung dan melahirkan anak..


Masjid terbesar di dunia ialah Masjdil Haram

Masjid kedua terbesar di dunia ialah Masjid Hassan II , di Casablanca yg boleh memuatkan seramai 25,000 orang.

Menara Masjid Hassan II adalah menara masjid tertinggi di dunia.

Bangunan pejabat tertinggi di dunia ialah Taipei Financial Center yg tingginya 508m, mengatasi bangunan Petronas Twin Tower yg menjadi bangunan pejabat tertinggi sebelum itu.

Negara di dunia yang paling ramai dilawati oleh pelancong adalah negara Perancis.

-Benua terbesar adalah benua Asia dengan luas 44.579.000 km² (17.212.000 mil²).
-Benua terkecil adalah benua Australia dengan luas 3.132.000 mil².

Negara yang paling ramai pekerja perempuan di dunia adalah negara Kambodia..

Tanjung Piai di Pontian, Johor merupakan penghujung benua Asia

Pengasas FIFA & World Cup ialah Jules Rimet.. yg berasal drpd France..

Antara taman negara yang terkecil di dunia adalah Taman Negara Pulau Pinang

Agar-agar merupakan polimer galactose yang diperolehi daripada sel luaran alga merah dan rumpai laut dari jenis Sphaerococcus euchema dan spesis Gelidium dan Gracilia yang banyak diperolehi di Asia, Chile dan Calipornia.



No comments:

Post a Comment