Sunday, February 1, 2009

Along...Angah dan kisah kerang....(, ")


“Along, angah! Dah siap ke belum? Kan kita nak pergi makan luar malam ni.” Seorang ayah malam itu mengajak anak-anaknya makan di luar demi menunaikan hasrat di hatinya untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya yang sedang membesar, sedang belajar, dan paling penting sedang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripadanya seorang ayah.

“Okey, Along nak makan dekat mana hari ni?” tanya Si Ayah kepada anaknya yang sulung membuka tawaran sebaik sahaja kereta mereka meluncur di jalan.

“Erm.. entahla.. angah, angah nak makan dekat mana?” Si Along memberi peluang kepada adiknya untuk membuat pilihan.

“Err.. Abah je la yang buat keputusan. Abah nak bawa pegi makan dekat mana?” Si Angah pula menyerahkan kata putus kembali kepada Si Ayah, tidak kisah.

“Apa la anak-anak ayah ni. Ayah tanya kamu, kamu tanya ayah balik.” Balas Si Ayah. Masing-masing tergelak. “hmm.. takpe. Hari ni ayah bawa kamu pegi makan kerang dekat Perancis.”

“Kerang? Perancis?” serentak dari Along dan Angah.

“Iye.. Dekat Perancis. Dekat MFI, Malaysia-France Institute tu. Perancis la tu.” Balas Si Ayah sambil tersenyum dan suasana di dalam kereta riuh lagi dengan gelak ketawa mereka.

Setibanya di kedai makan, Along dan Angah segera ke meja yang berdekatan dengan tempat yang menyediakan kerang. “abah, abah! Kita duduk sini eh?” Si Angah memanggil Si Ayah. “a’a abah. Nanti boleh kita tengok Pak Cik tu bakar kerang.” Tambah Si Along. Si Ayah mengambil tempat selepas memesan makanan. Along di sebelah kanannya, dan Angah di sebelah kiri. Mereka menghadap ke arah Pak Cik yang sedang menyediakan kerang bakar dan kerang rebus. Terdapat sebuah meja segiempat berdekatan dengannya yang penuh dengan mangkuk-mangkuk yang berisi kerang untuk dibakar. Kerang-kerang tersebut ada yang terjelir-jelir lidahnya.

“Eee.. Along, tengok tu, kerang tu masih hidup la.” Kata Si Angah kepada abangnya sambil menuding ke arah mangkuk-mangkuk yang berisi kerang tadi. “eh, mestila. Kalau dah mati, nanti kerang-kerang tu busuk la, kan abah?” balas Si Along sambil mendapatkan kepastian daripada Si Ayah. Si Ayah hanya mengangguk dan tersenyum melihat keletah anaknya yang dua orang itu.

“Habis tu, nanti kerang tu kena bakar hidup-hidup la?” tanya Si Angah lagi kepada Along. “eh.. a’a la kan, angah. Kesian la kerang-kerang tu nanti.” Si Along buat-buat bersetuju dengan adiknya dan terus menambah lagi. “masa kerang tu kena bakar, mesti dia terjerit-jerit dekat pak cik tu macam ni.” “Tolong! Panas pak cik, panas!!” Si Along setengah menjerit sambil mengangkat tangannya dan menggoyangkannya seperti lidah kerang yang sedang dibakar. Si Ayah tersenyum lagi dan kedua-dua beradik itu tergelak kecil dengan lawak Si Along. Pak Cik Kerang juga tersenyum kecil melihat kerenah anak-beranak itu.

“Abah pesan berapa mangkuk kerang tadi, abah?” tanya Si Along setelah terlerai gelak tawa mereka. “abah pesan semangkuk jer. Kesian dekat kerang-kerang tu nanti kena bakar.” Si Ayah memerli Angah. “abah ni, kenakan orang pulak.” Rajuk Si Angah. “along, angah, kerang-kerang tu sebahagian daripada lumrah alam yang dicipta Allah.” Si Ayah memberi penerangan bagi memujuk Angah.

“Maksud abah?” Si Angah mula berminat.

“Kerang, haiwan, tumbuhan, sayur-sayuran yang kita makan tu, memang Allah jadikan ketentuannya macam tu. Ada juga yang diciptakan untuk jadi kenderaan, tempat perlindungan, dan lain-lain untuk membantu kehidupan manusia.” Si Ayah bercerita panjang lebar. Dalam masa yang sama, Pak Cik Kerang datang dan menghidangkan semangkuk kerang bakar yang dipesan bersama-sama dengan sambal kicap sos cili yang amat menyelerakan.


“Yey yey! Kerang dah sampai!” serentak Si Along dan Angah. “nampaknya, memang dah nasib kerang ni la nak masuk dalam perut angah kan, abah?” Si Along sempat mengusik adiknya. “nasib kau la kerang.. bismillah..” Si Angah tidak mempedulikan abangnya dan tidak menyempat-nyempat nak makan.

“Eee.. Hitamnya kulit kerang ni!” baru nak pilih satu, Si Angah dengan keletahnya lagi. “dah kena bakar, memang la hitam.” Si Along mula geram dengan adiknya. “sudah, sudah.. depan makanan ni, along, angah.” Si Ayah cuba menenangkan anak-anaknya. Si Along dan Angah diam. Mereka tahu tidak elok banyak bercakap dan bergaduh di depan rezeki. Anak-beranak itu terus menikmati rezeki mereka.

“Angah, along..” Si Ayah membuka bicara semula. “apa yang penting pada kerang-kerang ni, bukannya dia sakit atau tak, kesian atau tak. Tapi, yang perlu kamu berdua, anak-anak yang ayah sayang ni kena ambil pengajaran ialah, jangan jadi macam kerang ni.” Tambah Si Ayah lagi. “Jadi macam mana tu, abah?” tanya Si Angah dan Along serentak.

“Kena bakar, hitam, hangus.” Respon Si Ayah. “Along dengan angah tak faham la, abah.” Si Along ingin tahu lebih lanjut.

“Ayah tak nak, anak-anak ayah ni kena bakar dengan api neraka, muka hitam di akhirat nanti. Ayah nak kamu berdua sentiasa beringat, jauhi daripada melakukan maksiat.” Terang Si Ayah dengan nada berharap. “ingat, jangan jadi macam kerang bakar ni.” Pesan Si Ayah lagi. “insyaAllah abah, kami akan ingat pesan abah.” Jawab Si Along. “angah bayangkan kerang ni kena bakar pun angah dah takut dan tak dapat bayangkan panas api neraka tu, abah.” Si Angah pula memberi respon.

“Bagus anak-anak ayah ni. Dah, habiskan makanan ni semua. Nak tambah lagi ke kerang bakar?” tanya Si Ayah. “TAK NAK, ABAH!” tolak Si Along dan Angah, kesian dengan kerang yang bakal kena bakar agaknya

Hati Mukmin pasti menangis...(, ")


Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka.

Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.

"Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.

Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.

Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."

Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.

"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."

Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.

"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto.

Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.

"Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."

Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto.

Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara.

Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya.

Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "

Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih.

"Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil.

"Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini.

Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya.

"Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.

Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

kisah dinar emas...(, ")


Suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki yang membawa kapak untuk menebang sebatang pokok yang disembah oleh penduduk. Lelaki itu berniat untuk menebang pokok itu lantaran marah kerana Allah. Lalu datang Iblis menyerupai seorang lelaki tua dan cuba menegahnya. “Jangan halang aku. Aku mahu menebang pokok ini kerana ramai yang menyembahnya,” kata lelaki itu. Iblis berkata, “Engkau sendiri tidak menyembahnya, apa perlu engkau peduli pada orang lain yang menyembahnya?” “Aku tetap akan menebangnya,” balas si lelaki. Lantas Iblis memujuk, “Mahu tak engkau pertimbangkan hasrat kau tu sekiranya aku mencadangkan sesuatu yang lebih baik?” “Apa?” soal lelaki itu. Goda Iblis “Jangan ditebang pokok ini dan aku akan beri dua dinar emas setiap hari.” Lelaki itu bertanya “Bagaimana aku dapat pastikan aku akan menerima dua dinar emas setiap hari?” Balas si Iblis yang menyamar sebagai orang tua, “Aku jamin engkau akan menerima dua dinar emas di bawah bantalmu pada setiap pagi.” Dengan itu, maka terpedayalah si lelaki itu. Dia pun tidak menebang pokok sembahan tadi dan pulang ke rumahnya. Keesokan pagi, dia mendapati di bawah bantalnya ada dua keping dinar emas.

Pada pagi kedua, tidak pula kelihatan dinar emas tersebut. Dengan perasaan marah,lelaki itu mengambil kapaknya untuk meneruskan niat menebang pokok sembahan. Kemudian, datang Iblis menegurnya, “Kenapa engkau datang kembali?” Bentak lelaki itu, “Aku nak tebang pokok sembahan itu, orang ramai menyembah selain Allah.” “Engkau bohong!” tingkah Iblis. “Niat engkau sudahpun berubah. Tidak ada jalan bagimu untuk menebang pokok itu.” Lelaki itu mengendahkan kata-kata Iblis lalu cuba merapati pokok tersebut. Tidak semena-mena tanah di sekitar menelannya hingga dia hampir tercekik. Iblis pun berkata, “Engkau tahu siapa aku? Akulah Iblis! Engkau datang pada mulanya memang tulus marah kerana Allah, oleh itu aku tidak dapat menghalangmu. Dan engkau dapat ditipu dengan dua dinar emas hingga membatalkan niat tulus menebang pokok yang disembah orang ramai. Kemudian engkau datang untuk menebang pokok itu kerana marah tidak dapat dua dinar emas, maka bumi dapat menelanmu!”

Kelapa atau mutiara...?




SEKADAR RENUNGAN....

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....kamu jadi seperti kelapa..mudah di perolehi..di parut..di perah..dan di ambil santannya..lepas itu hampasnya di buang..
yang kedua...kamu menjadi sebutir mutiara..berada di dasar lautan..ddtersimpan rapi..di lindungi kulit..bukan senang nak melihat..apatah lagi mendapatkannya. .hanya orang yang bertuah..berusaha menyelami dasar lautan..dapat memperolehinya. .harganya mahal sekali..dan ia akan tersimpan selamanya

jadi.....kamu pilihlah sama ada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..orang tak kenang jasa santan..



Mutiara..tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..namun kiranya di temui insan..akan menjadi permata hiasan..terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..oleh itu..tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
_( , ")_

Abang...nak beli kuih saya? (, ")


Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat
Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.
Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kasihan di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kitasebenarnya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
_(, ")_

Kisah Biskut...(, ")


Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Alangkah tak malunya lelaki ni….. dah la tak mintak dari aku…. makan sama banyak dengan aku pulak tu…Pencuri!! ” rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya.
Ya... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
Moralnya:
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
_(, ")_

kita SAHABAT...=)


You mean so much...for so many reasons...?
hehe...dalam hidup ni, tlalu ramai org kat sekeliling kita kan?mcm perangai yg ada, ada yg baik bsebab, ada yg baik tp sekejap2...ada gak yg btul2 baik n anggap kite mcm KAWAN...
tp...susah nk detect virus2 psahabatan ni. kita install yg latest antivirus pun, update slalu pun, klu dah namanya virus...virus jgkla...
tapi, yg penting...
aku mmg sayangkan kwn2 aku..aku nk senaraikan nma korang, tp x muat la plak...nti kena lampiran. tp xpe...nama korang tetap tpahat dalam hati aku...

SEKALI BERSAHABAT, SELAMANYA KITA BERSAHABAT...(, ")