Tuesday, April 7, 2009

Senja Yang Menginsafkan...



" Elok-elok la sikit," kata Julia
lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum
memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia
lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk
ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke
kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum
melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yangcomel dan
manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada
isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang , Begitu juga dengan
isterinya,Julia.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkatadalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin
lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.

Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak
ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok
kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.Bangga betul Ahmad
masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... . jangan laju sangatbang,
Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan
kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres.Julia
tengok abang motong dia aaa... ." Ahmad terus masuk gear 3,
pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... .
di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan... .. BANG!!.

"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana
abang Ahmad mak? Macamana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana
anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia
menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia
tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih
terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun
malas, kerja pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa punya anak
dara la kau ni?? Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!
Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar... ... . dan Julia tersengih keseorangan.

"Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "

Moral cerita: Solatlah Asar terlebih dahulu sebelum
dipelempang oleh ibu anda.

No comments:

Post a Comment