Monday, March 30, 2009

WHY ME?


KENAPA AKU LETIH BEKERJA


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1..7 juta darinya sudah bersara.
Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,
Universiti dll).
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku....

Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...

Mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak...

Antara Firasat dan Naluri...


ANTARA FIRASAT DAN NALURI


Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan.

Amati peristiwa ini :

Johan mencapai sebiji epal dari dalam peti sejuk. Pada masa yang sama, dia terpandang semangkuk bubur kacang di sebelah mangkuk buah epal tersebut. Johan menutup kembali peti sejuk itu lalu beredar ke ruang tamu. Dia berselisih dengan isterinya yang sedang bergerak menuju ke ruang dapur sambil tersenyum manja. Ketika terpandang wajah si isteri, hatinya pantas berdetik, `kalaulah bubur kacang tu dipanaskan semula… dapat makan bubur kacang petang-petang macam ni
pun bagus juga…' Namun kata-kata itu tidak diluahkan kepada isterinya. Walau bagaimanapun, selang 15 minit kemudian, si isteri datang semula ke ruang tamu dan duduk di sebelahnya dengan membawa bersama semangkuk bubur kacang yang telah pun dipanaskan…

Apa sebenarnya?…
Apa sebenarnya yang mendasari kejadian antara Johan dengan isterinya? Adakah benar ia sesuatu yang dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau ia sekadar suatu kebetulan? Pasti kita pernah menghadapi keadaan yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Johan. Pada suatu ketika, kita terasa rindu pada seseorang, pada masa yang sama telefon berdering dan tanpa diduga, insan yang kita rindui itu berada di hujung talian – seolah-olah tahu kita sedang merinduinya!
Terdapat 2 kemungkinan berlakunya fenomena seperti yang dinyatakan tadi. Kemungkinan pertama ialah ia berlaku secara kebetulan dan tidak disengajakan. Kebetulan sahaja perlakuan antara dua individu itu seiring pada satu masa yang sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang cukup istimewa untuk dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis.
Kemungkinan yang kedua juga merupakan satu kemungkinan yang tidak mustahil boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau naluri. Naluri yang mendesak dalam hati seseorang itu adalah sesuatu yang unik dan ia bergantung kepada kuasa dalaman seseorang individu meneroka alam psychic. Kelebihan ini tidak semestinya dimiliki oleh setiap orang. Individu yang memilikinya juga tidak semestinya boleh menggunakan naluri mereka sesuka hati. Itulah yang disebut sebagai satu keunikan. Ia hadir hanya pada masa dan saat-saat
tertentu sahaja. Berbalik kepada kebolehan seseorang menguasai dan meneroka alam psychic, sesetengah manusia yang mampu mengawal naluri dan gerak hatinya dengan baik memungkinkan dia memiliki satu kuasa dalaman yang digelar sebagai `keistimewaan deria keenam'.(the sixth sense)
Segalanya mungkin bermula daripada khayalan yang palsu dan terbawa-bawa ke alam nyata.
Namun, anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psycic menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya.

Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya
dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-beza. Antara naluri dan firasat… Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri.

Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.

Amati 2 keadaan ini :
1. Azmin tiba-tiba terasa hendak pulang ke kampungnya hari itu. Hatinya benar-benar ceria. Kerja di pejabat berjaya diselesaikan seperti yang diminta oleh majikannya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hatinya begitu mendesak agar dia pulang menemui kedua ibu bapanya. Setibanya di kampung, dia ternampak ibunya duduk di muka pintu seolah-olah mengetahui yang dia akan pulang hari itu.
2. Sewaktu hendak pulang semula ke rumah sewanya, Azmin mendapati bahawa keadaan keretanya tidak begitu memuaskan. Terdapat bunyi yang tidak menyenangkan keluar dari bahagian enjin. Hatinya mula berasa tidak selesa. Dia mula memikirkan kemungkinan- kemungkinan keretanya akan rosak di tengah jalan. Hatinya mendesak agar dia singgah terlebih dahulu ke mana-mana bengkel terdekat sebelum pulang ke rumah sewanya semula.

Dalam dua keadaan di atas,

peristiwa (1) adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan naluri dan gerak hati. Ia datang dari dalam diri Azmin secara tulen dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran yang mendesak agar dia pulang ke kampungnya.

Peristiwa (2) pula adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan firasat semata-mata. Kebenarannya belum terbukti kerana kereta tersebut belum tentu akan mengalami kerosakan di tengah jalan seperti yang diramalkan oleh Azmin sendiri.
Naluri dan firasat adalah sesuatu yang amat berbeza dan seringkali mengelirukan. Keduanya bergerak selari dan hampir seiring.
Namun nyata, naluri adalah deria keenam yang cukup istimewa sementara firasat hanya sekadar satu ramalan yang dipertimbangkan oleh akal dan perasaan.


Peliharalah naluri…
Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang seringkali dianggap sebagai `pembunuh' kepada keistimewaan anugerah Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan kita dengan kasih sayang.
Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin…



Friday, March 20, 2009

Monday, March 2, 2009

alone...

Just Sit...
and THINK...(, ")

Thursday, February 26, 2009

JUST a QUOTE


"A word is dead when it is said, some say. I say it just begins to live that day."
"A wounded deer leaps the highest."
"After great pain, a formal feeling comes. The Nerves sit ceremonious, like tombs."
"Anger as soon as fed is dead - 'Tis starving makes it fat."
"Beauty is not caused. It is."
"Behavior is what a man does, not what he thinks, feels, or believes."
"Celebrity is the chastisement of merit and the punishment of talent."
"Drab Habitation of Whom? Tabernacle or Tomb - or Dome of Worm - or Porch of Gnome - or some Elf's Catacomb?"
"Fame is a fickle food upon a shifting plate."
"Find ecstasy in life; the mere sense of living is joy enough."
"Finite to fail, but infinite to venture."
"For Love is Immortality."
"Forever is composed of nows."
"Fortune befriends the bold."
"He ate and drank the precious Words, his Spirit grew robust; He knew no more that he was poor, nor that his frame was Dust."
"His Labor is a Chant - his Idleness - a Tune - oh, for a Bee's experience of Clovers, and of Noon!"
"Hope is the thing with feathers that perches in the soul - and sings the tunes without the words - and never stops at all."
"How dreary - to be - somebody! How public - like a frog - to tell your name - the livelong June - to an admiring bog!"
"How strange that nature does not knock, and yet does not intrude!"
"I argue thee that love is life. And life hath immortality."
"I do not like the man who squanders life for fame; give me the man who living makes a name."
"I hope you love birds too. It is economical. It saves going to heaven."
"If I can stop one heart from breaking, I shall not live in vain."
"If I feel physically as if the top of my head were taken off, I know that is poetry."
"If I read a book and it makes my whole body so cold no fire can ever warm me, I know that is poetry."
"Is wholesome even for the King."
"It is better to be the hammer than the anvil."
"Luck is not chance, it is toil. Fortune is expensive smile is earned."
"Luck is not chance, it's toil; fortune's expensive smile is earned."
"Not knowing when the dawn will come I open every door."
"Old age comes on suddenly, and not gradually as is thought."
"People need hard times and oppression to develop psychic muscles."
"Remember if you marry for beauty, thou bindest thyself all thy life for that which perchance, will neither last nor please thee one year: and when thou hast it, it will be to thee of no price at all."
"Some keep the Sabbath going to Church I keep it staying at Home With a Bobolink for a Chorister And an Orchard for a Dome."
"Success is counted sweetest by those who never succeed."
"Surgeons must be very careful. When they take the knife!, underneath their fine incisions, stirs the Culprit - Life!"
"Tell the truth, but tell it slant."
"The possible's slow fuse is lit, by the Imagination."
"The soul should always stand ajar, ready to welcome the ecstatic experience."
"There is no Frigate like a book to take us lands away nor any coursers like a page of prancing Poetry."
"They might not need me; but they might. I'll let my head be just in sight; a smile as small as mine might be precisely their necessity."
"They say that God is everywhere, and yet we always think of Him as somewhat of a recluse."
"'Tis so much joy! 'Tis so much joy! If I should fail, what poverty! And yet, as poor as I Have ventured all upon a throw; Have gained! Yes! Hesitated so this side the victory!"
"To fight aloud is very brave, but gallanter, I know, who charge within the bosom, the Cavalry of Woe."
"To live is so startling it leaves little time for anything else."
"To make a prairie it takes a clover and one bee, One clover, and a bee, And revery. The revery alone will do, If bees are few."
"To whom the mornings are like nights, What must the midnights be!"
"Truth is so rare that it is delightful to tell it."
"Whenever a thing is done for the first time, it releases a little demon."
"Where thou art, that is home."
"Without suspecting our abode until we drive away."

success

DREAM for IT...!

Success is counted sweetest
by Emily Dickinson
Success is counted sweetest
By those who ne'er succeed.
To comprehend a nectar
Requires sorest need.

Not one of all the purple Host
Who took the Flag today
Can tell the definition
So clear of Victory

As he defeated -- dying --
On whose forbidden ear
The distant strains of triumph
Burst agonized and clear!

Monday, February 23, 2009